Tuesday, June 28, 2022

Berdepan sekatan EU, M’sia perlu sasar eksport sumber sawit maksimum ke China, India

Secara Rawak

PETALING JAYA: Cadangan Kesatuan Eropah (EU) mengenakan sekatan ke atas import kelapa sawit Malaysia membimbangkan negara ini.

Malaysia mengkritik langkah EU melarang penggunaan minyak sawit dalam biodiesel menjelang 2020 atas dakwaan sumber itu dihasilkan melalui pemusnahan hutan dan turut mengancam kehidupan hutan.

Namun, baru-baru ini pengimport kedua terbesar selepas EU iaitu China memberi jaminan sedia mengimport lebih banyak minyak sawit dan produk berasaskan sawit dari Malaysia.

Duta China ke Malaysia, Bai Tian berkata, “kami tidak akan menetapkan sebarang had ke atas pengimportan minyak sawit Malaysia dan produk berkaitan.”

Dalam dua tahun lagi, China diramal menjadi pengimport terbesar sumber sawit dari Malaysia.

Bagaimanapun memetik FMT, seorang pakar ekonomi Profesor Hoo Kee Ping kesal Putrajaya tidak mengambil peluang daripada kesediaan China membeli minyak sawit tanpa had ini.

“Malangnya, tiada orang memberi respons kepada China,” kata Hoo menurut akhbar tersebut.

Menurut Hoo, tanpa perlu risau dengan tindakan EU, Malaysia boleh memberi tumpuan kepada China dan India serta mengeksploitasi ketegangan antara Washington-Beijing.

Laporan menunjukkan, dalam tempoh 11 bulan pertama 2017, jumlah eksport minyak sawit dan produk berasaskan sawit ke China meningkat 9.8 peratus kepada RM8.52 bilion berbanding RM7.76 bilion pada 2016.

Malaysia dapat mengambil peluang daripada isu penggunaan sisa minyak kitar semula atau “di-gou-you” yang dicampur bahan kimia lain sebelum dijual semula kepada pengguna, ekoran harga minyak masak mahal di China.

Hoo berkata, Malaysia perlu mencari jalan membantu China dan mengambil tempat AS sebagai pengeskport kacang soya terbesar ke negara itu. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru