Ancaman ‘bom’ gemparkan Konsulat China di Kuching

0
12

KUCHING: Sepasukan Unit Pemusnah Bom terpaksa dipanggil untuk menyiasat satu bungkusan putih, yang dikhuatiri bom di pagar utama Konsulat China di Jalan Ong Tiang Swee di sini.

Berdasarkan visual kamera litar tertutup, bungkusan plastik berkenaan dipercayai digantung di pagar berkenaan oleh seorang lelaki tidak dikenali sekitar jam 3.30 petang semalam

Ia bagaimanapun hanya disedari kakitangan konsulat pada pagi ini, lalu memaklumkannya kepada pihak keselamatan, yang kemudian memanjangnya kepada pihak polis.

Ketua Siasatan Jenayah Sarawak Datuk Dev Kumar ketika dihubungi mengesahkan kes berkenaan berkata, pemeriksaan lanjut terhadap bungkusan tersebut oleh unit terbabit mendapati ia hanya mengandungi paket tepung beras.

“Tiada ada sebarang bahan berbahaya di dalam beg berkenaan.

“Malah motif suspek menggantung beg plastik tersebut dan identitinya masih lagi dikenal pasti,” tambahnya.

Kawasan konsulat berkenaan yang merupakan kawasan yang sensitif kemudian disahkan selamat. –Sarawakvoice