Tuesday, June 28, 2022

Ringgit teguh disokong harga stabil minyak dunia, masuknya dana, ekuiti syarikat asing

Secara Rawak

PUTRAJAYA: Kenaikan harga minyak global membantu menaikkan nilai Ringgit Malaysia kerana negara ini merupakan pengeksport minyak bermutu dunia.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berucap pada majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya hari ini, berkata selain harga minyak global kukuh, kemasukan aliran dana serta ekuiti syarikat asing ke Malaysia membantu meneguhkan kekuatan Ringgit.

Bermula 5 Januari lepas Ringgit bergerak di bawah RM4 berbanding AS$1.

Sebelum ini, Ringgit menapak lemah pada RM4.5 berbanding AS$1 yang turut melemahkan ekonomi negara.

Kini, pengukuhan nilai ringgit turut dipacu oleh sentimen positif dan pelaksanaan dasar kerajaan diminati pelabur.

Najib berkata, peneguhan Ringgit menunjukkan syarikat luar yakin dan positif dengan polisi dan pengurusan negara. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru