Friday, September 30, 2022

Operasi SAR cari dua warga India mangsa tongkang karam di Nanga Buan dihentikan semalam

Secara Rawak

KAPIT: Tujuh hari tanpa petunjuk, akhirnya pasukan mencari dan menyelamat (SAR) dua pekerja tongkang yang dikhuatiri lemas selepas kapal mereka karam di Nanga Buan dihentikan semalam.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hii berkata, satu perbincangan telah dilakukan oleh pasukan SAR yang melibatkan pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat, Polis Diraja Malaysia, Lembaga Sungai Sarawak dan pemilik kapal, yang kemudian bersetuju untuk menghentikan operasi buat sementara waktu sehingga kapal tersebut diapungkan oleh pemilik kapal.

“Operasi semalam dihentikan pada jam 1.30 petang,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Dua mangsa malang dalam tragedi yang turut membabitkan lima pekerja tongkang membawa batu itu ialah Abhishek Kiran Jamdade, 20 tahun dan Kaishna Radheshayam Badai, 28 tahun, kedua-duanya warga India.

Pada minggu lalu, Balai Bomba dan Penyelamat Kapit telah menerima panggilan kecemasan daripada Balai Polis Kapit berkaitan sebuah kapal tongkang karam di Nanga Buan, Batang Rajang.

“Sebuah bot dengan lima anggota kemudian segera diatur gerak ke lokasi bagi menggerakkan operasi SAR, diikuti oleh beberapa pasukan penyelamat yang lain.

“Lima pekerja lain terselamat kerana mereka sempat berenang ke tebing sungai,” katanya lagi. — Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru