Wednesday, September 22, 2021

Najib: Jangan termakan hasutan pembangkang

Mesti baca

TEMERLOH: Perdana Menteri berharap rakyat di negara ini tidak termakan dengan hasutan pembangkang menjelang pilihan raya umum ke-14, kerana sebagai kerajaan, pemimpin Barisan Nasional (BN) telah dan sentiasa melakukan pelbagai pembaharuan dan transformasi untuk kebaikan semua.

Datuk Seri Najib Razak juga menyelar tindakan pembangkang, terutamanya tindakan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang bertemu dengan beberapa wakil Kesatuan Eropah (EU) di ibu negara minggu lepas untuk membuat aduan berhubung sistem pilihan raya negara yang diamalkan selama ini.

Perdana Menteri juga berharap masyarakat akan terus menyokong dan memberikan mandat yang besar kepada kerajaan sedia ada pada PRU-14 akan datang bagi membolehkan lebih banyak program membantu rakyat dilaksanakan.

“Kita perlukan kerajaan yang kuat. Bila kerajaan kita kuat, baru kita boleh meneruskan usaha membantu rakyat. Kita boleh beri kata dua kepada sesiapa yang tidak menghormati kita,” katanya.

Beliau menasihati rakyat supaya memeriksa kesahihan setiap berita yang dibawa pembangkang, malah konsep itu juga diterapkan dalam ajaran Islam iaitu tabayyun supaya tidak berlaku perkara tidak adil jika sesuatu perkara dipercayai tanpa usul periksa.

Najib seterusnya merujuk tindakan pembangkang memainkan isu di Pahang pada PRU 2013 berkaitan kewujudan kilang memproses nadir bumi Lynas Malaysia Sdn Bhd di Gebeng yang kononnya tidak selamat kepada penduduk.

“Sedangkan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) telah sahkan ia selamat dan selepas habis pilihan raya, iaitu lima tahun, isu itu senyap dan lesu sama sekali kerana ia hanya digunakan untuk tipu kita,”’ katanya. –Sarawakvoice

Secara Rawak

Artikel Terbaru