SIBU: SUPP Sibu telah membuat tinjauan di Taman Rejang pada pagi semalam menerusi Program Mobile Talk Services.

Tinjauan ini diketuai oleh Ketua Pemuda SUPP , Michael Tiang dan Robert Lau Hui Yew disertai oleh ahli-ahli SUPP Sibu.

Lokasi tinjauan tersebut berpusat Pasar Basah Taman Rejang , dengan bertanyakan masalah yang dihadapi oleh penduduk di Taman Rejang itu.

Program ini mendapat respons yang baik daripada pengunjung yang mengunjungi Pasar Basah tersebut.

Disamping itu, SUPP Sibu juga sempat mengagihkan buah limau mandarin kepada pengunjung sempena dengan Tahun Baharu Cina yang bakal menjelang tiba.