Sunday, December 5, 2021

Sebar berita palsu: Dosa lebih besar daripada membunuh, kata Ahmad Zahid

Secara Rawak

BAGAN DATUK: Berani buat berani tanggung.

Penyebar berita palsu perlu bersedia menanggung risiko apabila diheret ke mahkamah.

“Tunggu harga yang terpaksa anda bayar kalau berani buat berita palsu kerana dosanya lebih besar daripada membunuh dan tunggu tindakan pihak berkuasa,” kata Timbalan Perdana Menteri.

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, jika berani  menyebarkan berita palsu individu terbabit harus berani berhadapan pihak berkuasa ketika tuduhan dibuat di mahkamah.

Ujar Ahmad Zahid, perbuatan berkenaan tidak boleh dimaafkan  dan amat dibenci.

“Ada harga yang terpaksa dibayar apabila kecanggihan teknologi komunikasi telah meluas ke seluruh negara apabila berita-berita palsu ditularkan,” katanya.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata demikian ketika berucap merasmikan secara serentak tiga pusat Internet 1Malaysia kawasan Parlimen Bagan Datuk di Kampung Telok Buloh, Hutan Melintang, semalam.

Ahmad Zahid berkata, perbuatan tersebut tidak boleh dibiarkan kerana penyalahgunaan teknologi berkenaan mampu merosakkan pemikiran rakyat.

“Kita perlu mempunyai ketertiban dalam menghormati orang lain untuk cerita yang benar sahaja maka itu barulah wujud sebuah masyarakat yang penuh bertamadun dan beragama,” tegasnya. — Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru