Kerajaan perkasakan belia untuk masa depan lebih baik

0
2

KUALA LUMPUR: Kerajaan hari ini terus menggalakkan inisiatif dalam memperkasakan belia ke arah kepimpinan untuk memastikan masa depan yang lebih baik yang dapat memenuhi perkembangan ekonomi yang pesat serta masalah pencemaran alam sekitar.

Menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak, kajian mendapati ada ruang untuk meningkatkan penyertaan golongan belia dan perwakilan dalam proses pembinaan negara bangsa , kata

Beliau berkata kajian Inter-Parliamentary Union (IPU) bertajuk ‘Penglibatan Belia dalam Parlimen-Parlimen Negara 2016’ mendapati hanya 10.8 peratus Ahli Parlimen di Malaysia berumur bawah 40 tahun.

Dalam edisi keenam ini, menyaksikan penglibatan lebih 3,000 peserta dalam dan luar negara, golongan profesional muda dan badan-badan bukan kerajaan (NGO).

Katanya, kajian yang sama mendapati Malaysia hanya mempunyai 4.8 peratus anggota dalam Dewan Negara yang berusia bawah 40 tahun.

“Berdasarkan dapatan tersebut, pilihan raya baru-baru ini telah melihat trend global ke arah lebih ramai Ahli Parlimen muda berusia bawah 45 tahun,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Sidang Kemuncak Aspirasi dan Kepemimpinan Kebangsaan (NALS) 2018 di sini, hari ini.

“Kuota belia, usia kelayakan yang lebih rendah, perwakilan berkadar dan parlimen inklusif adalah semua faktor yang dapat meningkatkan bilangan Ahli Parlimen muda,” katanya.

Oleh itu, Salleh berkata, Malaysia perlu mempunyai lebih ramai belia untuk diwakili dan memastikan suara golongan belia dapat didengar-BERNAMA