KUCHING: Penduduk di sekitar Asajaya dan Samarahan diminta bersiap sedia menghadapi banjir berikutan bacaan air di kawasan tersebut telah melepasi tahap “bahaya”.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Ismail Mahedin mengesahkan pihaknya sedang melakukan pemantauan rapat di kawasan tersebut.

“Semua agensi diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga dan siap siaga, ” katanya.

Bacaan sekitar jam 6.15 petang tadi di stesen Asajaya Water Intake telah mencapai 3.61 meter, sekali gus meletakkan kawasan tersebut dalam kedudukan merah atau bahaya. — Sarawakvoice