Thursday, September 29, 2022

Pemantau antarabangsa PRU-14: Satu penghinaan kepada SPR, kata Budiman

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Sungai Besar menyifatkan cadangan supaya pemantau antarabangsa menyaksikan proses Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) sebagai penghinaan kepada kakitangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Budiman Mohd. Zohdi menegaskan, cadangan itu cuba menafikan jasa dan profesionalisme petugas SPR.

Katanya, perjalanan pilihan raya di Malaysia dilaksanakan secara telus memandangkan kesemua calon bertanding dibenarkan melantik ejen mewakili mereka di setiap pusat dan saluran pengundian sepanjang tempoh mengundi dan kiraan undi.

Timbalan Presiden Pakatan Harapan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini mendesak kerajaan mengundang pasukan pemantau pilihan raya bebas daripada Sekretariat Komanwel dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk memantau perjalanan PRU-14.

“Jasa kakitangan SPR seolah-olah diperlekehkan hanya kerana mahu memenuhi nafsu dan agenda tersembunyi pakatan pembangkang,” katanya dalam satu kenyataan.

“SPR sudah mempunyai pengalaman menjalankan pilihan raya umum sebanyak 13 kali. Kewibawaan SPR tidak wajar dipertikai sama sekali,” katanya.

Ujar Budiman, ketelusan proses pilihan raya di bawah kendalian SPR tidak wajar dipertikaikan kerana pakatan pembangkang itu berpeluang merampas beberapa negeri untuk membentuk kerajaan pada pilihan raya lalu.

“Jika tidak, adakah mungkin pihak pembangkang berjaya menguasai Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor? Adakah desakan yang dibuat mereka ini secara tidak langsung menyatakan kemenangan mereka itu juga tidak sah? –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru