Monday, June 27, 2022

Pas ulangi Amanah-Umno bersekongkol jatuhkan Pas di Kelantan  — Mohd Amar

Secara Rawak

BANGI: Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah kekal mendakwa berlaku kerjasama dan pertemuan antara Parti Amanah Negara (Amanah) dengan Umno Kelantan.

Mohd Amar berkata, “dia nak nafi, nafilah. Dia tuduh kita ada RM90 juta pun tak ada bukti,” kata beliau selepas Seminar Merakyat Membangun Bersama Islam di Bangi pada Sabtu.

Sebelum ini terdapat portal melaporkan kenyataan Mohd Amar mendakwa beliau mempunyai maklumat berkaitan kerjasama antara Amanah dengan Umno.

Mohd Amar mendakwa wujud perbincangan antara pimpinan kedua-dua parti itu untuk menjatuhkan kerajaan Pas di Kelantan pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

Dakwaan itu bagaimanapun dinafikan oleh Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Amanah turut menafikan dakwaan tersebut dan merancang mengambil tindakan undang-undang terhadap Mohd Amar. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru