Tuesday, September 27, 2022

Pada saat musuh-musuh PAS kata habis dah PAS…

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda PAS berkata, rakyat dapat menilai bahawa PAS ialah parti yang konsisten ketika  musuh-musuh PAS  bahawa parti itu tidak ada masa depan.

“Di saat musuh-musuh PAS kata habis dah PAS, PAS akan berkubur, orang akan tolak PAS, orang tak akan sokong PAS,”’ kata  Muhammad Khalil Abdul Hadi.

Jadi orang nak kata apa? Menunjukkan bahawa rakyat, mereka yakin dengan apa yang dibawa oleh PAS. Kita bukan cakap kosong,”’ katanya dalam ucapan perasmian markas UPU Merchang, Dewan Pangkalan Berangan baru-baru ini.

Transkrip ucapan beliau disiarkan dalam eHarakah.

“Bila kita kata kita nak bawa negara kita ini ke arah yang lebih baik, kita ambil contoh Negeri Kelantan hat kita perintah, boleh buat perbandingan dengan negeri yang diperintah oleh Umno dan dengan negeri yang diperintah oleh DAP dan juga PKR,”’ katanya lagi.

Di Kelantan, jadi juara baru ini, Laporan Audit Negara menyebut Kelantan negeri terbaik mengurus kewangan, dapat markah 99.0 peratus, lebih baik daripada negeri-negeri diperintah oleh Umno, DAP dan juga PKR,” tambahnya.

Sambil tidak menafikan  masih ada kelemahan, tetapi kalau dibandingkan dengan negeri diperintah oleh Umno, DAP dan PKR, negeri yang diperintah oleh PAS Negeri Kelantan adalah terbaik.

“Menunjukkan bahawa inilah dia model, inilah dia model kalau rakyat beri mandat kepada PAS untuk memerintah negeri-negeri lain termasuk Negeri Terengganu, termasuklah kerajaan pusat sekalipun,” dakwa Muhammad Khalil. — Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru