Saturday, October 23, 2021

Lelaki maut selepas perahu dinaiki karam dihempas badai Bako

Mesti baca

KUCHING: Ombak besar secara tiba-tiba apabila cuaca bertukar buruk semalam menjadi punca sebuah perahu yang dalam perjalanan pulang ke Terminal Bako dari Taman Negara Bako, terbalik, sebelum karam.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hii memberitahu, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 5.01 petang semalam dan sebuah ambulans EMRS dengan kekuatan dua anggota segera diatur gerak ke lokasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Petra Jaya.

“Tiba di lokasi pada jam 5.32 petang, pasukan mendapati seorang daripada mangsa perahu karam ini tidak sedarkan diri manakala seorang lagi masih dapat bertahan.

“Paramedik EMRS dan anggota Pasukan Bomba Sukarela Bako cuba bertindak memberi bantuan awal pertolongan cemas namun mangsa masih tidak sedarkan diri.

Mangsa kemudian diserahkan kepada pihak paramedik kesihatan sebelum dibawa ke hospital untuk tindakan selanjutnya.

Mangsa bagaimanapun menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 6.45 petang semalam di hospital berkenaan.

Ling Hii berkata, mangsa yang malang ini dikenal pasti sebagai Shadan Jemi, 56 tahun. — Sarawakvoice

Secara Rawak

Artikel Terbaru