Wednesday, August 17, 2022

Laluan Pan Borneo terputus di Sabal, aliran umpama air terjun

Secara Rawak

KUCHING: Orang ramai yang melalui Jalan Kuching-Sri Aman dan Simunjan dinasihatkan agar lebih berhati-hati berikutan berlakunya ‘banjir kilat’ yang menenggelamkan jalan yang sedang dalam pembinaan.

Jurucakap Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri, Ismail Mahedin berkata, pihaknya menerima laporan insiden yang berlaku di Kilometer 109 jalan tesebut, berhampiran Sabal sekitar jam 9 pagi tadi.

“Kita difahamkan tindakan segera sedang diambil oleh pihak kontraktor Lebuh Raya Pan Borneo manakala kawalan lalu lintas segera ditangani Ibu Pejabat Polis Daerah Simunjan.

Air dikatakan mengalir deras berikutan kerja-kerja pembinaan dan hujan turut dengan lebat serta berterusan.

Sekitar jam 10.35 pagi kata Ismail, satu lorong telah berjaya dibuka dan dilalui semua kenderaan.

Keadaan cuaca masih dilaporkan hujan. –Sarawakvoice

Situasi di Feri Samarahan

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru