Thursday, December 9, 2021

Banjir kilat landa selatan Sarawak dek air pasang raja dan hujan

Secara Rawak

KUCHING: Tepat seperti yang diramal, hujan luar biasa tanpa henti serta air pasang raja petang semalam menyebabkan beberapa kawasan di selatan negeri ini dinaiki air.

Jurucakap Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri, Ismail Mahedin berkata, antara kawasan yang dilaporkan terjejas termasuklah Lundu, Sebuyau dan beberapa kawasan rendah di bandar raya ini seperti Tanjong Bako dan Tabuan.

Air pasang raja berlaku sekitar jam 6.39 petang namun surut sekitar jam 9.30 malam tadi.

Tiada operasi pemindahan direkodkan namun beberapa kawasan di negeri ini mengalami banjir kilat.

Berdasarkan maklumat Jabatan Meteorologi Malaysia, iaitu amaran cuaca waspada (Peringkat Kuning) yang dikeluarkan pada 30 Januari lalu, hujan lebat dijangka berlaku dalam tempoh Khamis, 1 Februari hingga Sabtu, 3 Februari di Kuching, Samarahan, Serian, Betong, Sarikei, Sri Aman, Sibu, Matu dan Daro.

Sementara itu, lima sekolah iaitu masing-masing dua di Limbang, dua di Baram dan satu di Dalat tidak beroperasi hari ini kerana ditenggelami air. — Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru