KITA baru sahaja difahamkan bahawa pada 31 Januari lepas berlaku Super-Blood-Blue Moon, fenomena yang dikatakan kembali berlaku selepas 152 tahun berlaku pada 31 Mac 1866 silam.

Kini, ada satu lagi peristiwa yang dikatakan “kononnya” kembali berlaku selepas 823 tahun iaitu terdapat empat kali perulangan pada hari Isnin sehingga Ahad pada bulan Februari tahun ini.

Ramai yang menghantar e-mel berkaitan “Feng Shui Money Bags” berkaitan keistimewaan Februari ini, tetapi menurut laman sesawang Feng Shui For Real Life pada 2011 lagi, posting “seperti itu” mengelirukan.

Editor laman tersebut menulis pada 2011 lagi berkaitan isu “money bags”, “itu bukan Feng Shui, bahkan penghantaran mesej tersebut tidak menjadikan anda kaya.”

Tulis editornya lagi, “Saya memberitahu semua orang yang bertanya bahawa ini bukan Feng Shui… Feng Shui purba tidak pernah menggunakan ‘surat berantai’ untuk membawa nasib…”

Bahkan, berkaitan dakwaan “kononnya” fenomena ini kembali berlaku selepas 823 tahun adalah tidak benar.

Ini kerana peristiwa ini berlaku pada tahun sebelum ini antaranya 1983, 1988, 1994, 2005, 2016 dan tahun yang akan datang seperti 2022 dan seterusnya. –Sarawakvoice