Tuesday, October 4, 2022

Berita palsu: Wujudkan jawatankuasa dwiparti parlimen, kata Kit Siang

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Putrajaya perlu membubarkan jawatankuasa yang ditubuhkan untuk membasmi berita palsu dan menggantikannya dengan jawatankuasa dwiparti parlimen, kata Ketua Parlimen DAP.

Tujuan jawatankuasa itu  adalah bagi mencadangkan undang-undang  membasmi berita palsu yang  boleh mengganggu kestabilan politik dan mengancam keselamatan awam

Jawatankuasa itu mengadakan mesyuarat pertamanya Selasa.

Lim Kit Siang berkata  jawatankuasa itu yang diketuai Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said tidak memberi keyakinan kepada orang ramai.

Menurut Lim, dengan keanggotaan jawatankuasa itu yang terdiri daripada menteri kabinet, polis, Pejabat Peguam Negara, ahli NGO dan anggota parlimen, kemungkinan besar ia akan dijadikan ‘senjata’ oleh pihak berkuasa bagi menganiaya seteru politik.

“Jawatankuasa itu kelihatan tidak bebas kerana Putrajaya dan BN kini merupakan ‘pengeluar terbesar berita palsu’ dan menambah ia ibarat ‘pencuri diminta untuk tangkap pencuri’,” katanya dalam satu kenyataan.

Ujarnya, tidak kira parti mana yang memerintah selepas pilihan raya  umum (PRU) ke-14, orang Melayu akan kekal mendominasi politik sebab ia realiti politik, pilihan raya dan demografik negara ini. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru