Wednesday, December 7, 2022

Musa: Sabah tolak, tidak iktiraf tuntutan Filipina

Secara Rawak

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman menegaskan Kerajaan Negeri Sabah   tidak mengiktiraf dan menolak sebarang tuntutan Filipina ke atas negeri ini.

“Rakyat di Sabah memilih untuk berada dalam negeri ini kerana ia berada dalam Malaysia.

“Kami menikmati keamanan, kestabilan dan kemakmuran ekonomi dengan berada dalam Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

“Saya telah tetapkan pendirian kami tentang perkara ini sebelumnya. Kini, izinkan saya menyatakan dengan jelas sekali lagi bahawa kami tidak mengiktiraf atau memperakukan sebarang tuntutan oleh Filipina atau mana-mana negara lain ke atas Sabah,” katanya lagi.

Musa berkata Sabah kekal menjadi sebahagian daripada Malaysia dan telah memilih untuk menjadi serta akan terus menjadi sebahagian daripada negara berdaulat ini sejak negeri ini menjadi pihak kepada pembentukannya.

Kenyataan itu dikeluarkan sebagai repons kepada kenyataan seorang anggota Jawatankuasa Perundingan Sabah baru-baru ini tentang cadangan untuk memasukkan Sabah ke dalam wilayah Filipina,

Anggota Jawatankuasa Perundingan Filipina Aquilino Pimentel Jr, yang dilantik untuk mengkaji semula Perlembagaan 1987 Filipina, berkata beliau akan mencadangkan kemasukan Sabah ke dalam Filipina sebagai sebahagian daripada langkah peralihan negara itu kepada sistem kerajaan persekutuan. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru