Monday, June 27, 2022

Pas sedia lawan Amanah, PKR di Kelantan

Secara Rawak

KOTA BHARU:  Naib Presiden Pas berkata, parti itu tidak  gusar, malah bersedia berdepan Parti Amanah Negara (Amanah) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang berhasrat untuk bertanding di hampir semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen Kelantan.

Menurut Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, Pas bersedia menentang mana-mana parti yang cuba merampas kerusi di negeri itu.

Ketika ini PAS menguasai 31 kerusi Dewan Undangan Negeri, Barisan Nasional (BN) menguasai 13 kerusi, dan Amanah satu kerusi.

Bagi kerusi Parlimen, PAS menguasai sembilan kerusi dan BN bertapak di lima kerusi.

Pakatan Harapan  sebelum ini menyatakan hasrat  bertanding di kesemua 45 kerusi DUN di Kelantan dan 14 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.

“Kami di Kelantan bersedia untuk berlawan dengan mana-mana parti. Tidak kira dua atau tiga penjuru, kami tetap bersedia untuk menghadap mereka,” katanya ketika ditemui pemberita, semalam.

Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas Kelantan itu turut memaklumkan akan menentang calon dari PKR yang berhasrat untuk bertanding di 15 kerusi Parlimen dan DUN Kelantan. — Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru