Tuesday, June 28, 2022

Polis Marin, SFC tangkap 800 kayu tanpa tanda di kem pembalakan di Debak

Secara Rawak

SARIKEI: Pasukan Polis Marin Wilayah Lima semalam berjaya merampas lebih 800 batang kayu balak dan kayu pancang atau cordwood, dari pelbagai jenis dan saiz yang tidak memiliki tanda yang sah.

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 5 Sarawak, Asisten Komisioner Salehuddin Mat Zaman berkata, rampasan dilakukan hasil pemeriksaan di sebuah kem pembalakan di Ulu Kampung Dit, Debak.

“Pemeriksaan dilakukan sekitar jam 2.15 petang ketika operasi bersama Polis Marin Sarikei dan Sarawak Forestry Corporation (SFC)  yang dilakukan di bawah strategi lautan biru kebangsaan.

“Sejumlah 308 kayu balak dan 525 batang kayu pancang pelbagai saiz dan jenis kemudian ditemui tanpa tanda pemilikan dan dokumen yang sah daripada Jabatan Hutan Sarawak.

“Malah di lokasi tersebut terdapat dua pekerja tempatan dan dua buah jentera sedang beroperasi.

Susulan tangkapan dan rampasan tersebut, satu laporan polis telah dibuat manakala kes diserahkan kepada pihak Pejabat Hutan Sri Aman untuk tindakan lanjut.

Sallehudin berkata, operasi yang dianggotai lima anggota marin dan  lapan anggota penguat kuasa SFC Sibu dan Sarikei itu turut merampas dua jentera jengkaut jenis Kobe, Hitachi.

“Secara keseluruhannya, dua individu telah kita tangkap selain kesemua kayu yang dianggarkan bernilai RM291,500.

“Jika ditaksir dengan nilai jentera, operasi ini berhasil merampas keseluruhan RM791,500.

Tangkapan dan rampasan kes ini dilakukan di bawah Ordinan Akta Perhutanan 2015, katanya lagi. — Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru