Friday, September 30, 2022

Ganjaran RM272 juta: Ocean Infinity optimis jumpa MH370 dalam tempoh sebulan

Secara Rawak

CANBERRA: Ahli Oseanografi dari Badan Sains Nasional Australia (CSIRO) David Griffin optimis dan berkeyakinan tinggi pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang bakal ditemui dalam tempoh sebulan.

Malaysia memberi kontrak dan sedia membayar AS$70 juta (RM272 juta) kepada syarikat eksplorasi bawah laut Amerika Syarikat (AS), Ocean Infinity dengan syarat mereka menemui bangkai pesawat berkenaan dalam tempoh tiga bulan.

Dalam tragedi misteri, MH370 membawa 239 penumpang dan krew diduga menjunam selepas melencong ke laluan di Lautan Hindi, semasa dalam perjalanan dari KLIA Kuala Lumpur menuju Beijing pada 8 Mac 2014.

Mengutip Asian Correspondent pada Isnin, David berkata, “kita sudah memasuki minggu pertama sekarang. Kita bakal mendengar maklumat dari mereka dalam beberapa minggu lagi.”

Sebelum ini, Ocean Infinity mengerahkan kapal Seabed Constructor dari Durban, Afrika Selatan mencari bangkai pesawat sejak 22 Januari lepas.

Ocean Infinity turut membawa lapan kapal selam kecil memeriksa dasar laut dengan peralatan pemindai bagi mendapatkan informasi untuk dianalisis.

Profesor Oseanografi Pantai dari University of Western Australia, Charitha Pattiaratchi menganggap usaha ini merupakan usaha terakhir pencarian.

Sebelum ini, operasi pencarian MH370 dilakukan oleh pasukan gabungan Australia-Malaysia-China di kawasan seluas 120 kilometer persegi dalam operasi menelan kos ratusan juta dolar menemui jalan buntu dan dihentikan pada Januari 2017.

Ocean Infinity menawarkan diri melanjutkan usaha mencari bangkai MH370 dan kerajaan Malaysia tidak perlu membayar sebarang kos jika pesawat berkenaan tidak ditemui dalam tempoh 90 hari. — Sarawakvoice

Foto Ocean Infinity

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru