PORT HARCOURT: Dituduh menukar seorang perempuan menjadi seekor kambing, seorang lelaki nyaris maut di Rivers, Nigeria.

Daily Post melaporkan insiden pelik itu berlaku di Rukpoku, kurang 20 kilometer dari Port Harcourt, selatan Nigeria.

Sedang lelaki berusia 36 tahun itu berjalan, dia seperti cuba lari daripada diikuti seekor kambing hitam sehingga warga setempat mencurigainya.

Mereka menyangka lelaki itu menggunakan ilmu hitam atau vodoo yang dapat mengubah manusia menjadi kambing.

Akhbar melaporkan, masyarakat setempat memukul lelaki tersebut sehingga dia pengsan.

Nasib baik ketika insiden berlaku, petugas keselamatan melewati tempat kejadian lalu segera menangani kes tersebut sebelum keadaan menjadi lebih parah.

Polis membawa mangsa, kambing dan dua suspek dalam insiden itu ke pejabat polis Rumuokoro.

Mangsa menceritakan, ketika dia berjalan keluar dari kompleks, ada kambing mengekorinya.

Lelaki itu mengaku, kambing bernama “Remember” itu mengekorinya kerana dia selalu memberinya biskut sebelum ini.

Namun, kali ini dia tidak mahu kambing tersebut mengikutnya, jadi dia memutuskan untuk berlari dan cuba mengelak daripada diekori kambing berkenaan.

Dia juga mengaku terkejut apabila dituduh sesuka hati mengubah wanita menjadi kambing.  — Sarawakvoice