Tuesday, December 6, 2022

Bas sekolah langgar belakang lori di Jalan Bintulu – Samalaju; pemandu maut, lima pelajar cedera

Secara Rawak

BINTULU: Sekurang-kurangnya seorang maut dan lima cedera, kebanyakannya pelajar sekolah selepas bas sekolah yang mereka naiki melanggar belakang sebuah lori treler.

Menurut maklumat awal, mangsa yang maut adalah pemandu bas sekolah tersebut.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hii ketika dihubungi mengesahkan insiden yang berlaku di Kilometer 12 Pantai Baru (hala ke Samalaju) di sini.

“Pihak kita menerima panggilan kecemasan sekitar jam 6.12 pagi dan dua jentera segera diatur gerak ke lokasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu dan Samalaju.

“Kita mengesahkan mangsa iaitu pemandu bas telah tersepit,” jelasnya lagi.

Punca kejadian kini sedang disiasat.

Kemalangan mengakibatkan kesesakan teruk di laluan berkenaan. — Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru