Sunday, May 29, 2022

Pemandu Hilux terselamat biar dirempuh lori tanah di Bulatan Paradom

Secara Rawak

SIBU: Seorang pemandu cedera apabila tersepit di ruang pemandu setelah pacuan empat roda jenis Toyota Hilux yang dipandunya terlibat dalam kemalangan jalan raya di Bulatan Paradom di sini.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hii berkata, pihaknya menerima maklumat kecemasan sekitar jam 5.26 petang dan sebuah jentera FRT serta ambulans EMRS segera diatur gerak dari Balai Bomba dan Penyelamat Sibu dengan kekuatan sembilan anggota.

“Setiba di lokasi, pasukan mendapati kemalangan melibatkan dua buah kenderaan yang bertembung iaitu di antara Toyota Hilux dan sebuah lori tanah yang menyebabkan pemandu Toyota Hilux tersepit di bahagian pemandu.

Pasukan penyelamat kata Ling Hii, kemudian bertindak mengeluarkan mangsa dengan menggunakan peralatan “Hydraulic Tool”.

“Mangsa yang dikenal pasti sebagai Ting Lian Juon, 24 tahun, kemudian segera diberikan rawatan awal, sebelum diserahkan kepada paramedik Hospital Sibu untuk rawatan lanjut,” tambahnya lagi. — Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru