Saturday, October 23, 2021

Tongkang karam di Kapit, 2 kelasi terperangkap, 5 selamat

Mesti baca

KAPIT: Dua kelasi dikhuatiri terperangkap dan lemas setelah tongkang yang dinaiki mereka karam di Nanga Ebau, Batang Rajang pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hii berkata, pihaknya menerima maklumat kecemasan sekitar jam 10.33 pagi dan Balai Bomba dan Penyelamat Kapit segera memberi respons dengan mengatur gerak sebuah pacuan empat roda dan sebuah bot penyelamat dengan kekuatan tujuh anggota.

Turut dikejar ke lokasi, sepasukan enam penyelam penyelamat di dalam air (PPDA) daripada Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Merah.

Ling Hii berkata, berdasarkan maklumat awal, kejadian melibatkan sebuah kapal tongkang yang membawa muatan batu.

“Dilaporkan bahawa seramai tujuh mangsa berada di dalam kapal ketika kejadian dan lima daripadanya berjaya menyelamatkan diri.

“Berdasarkan maklumat pihak polis juga, dua mangsa yang belum ditemui dipercayai terperangkap di dalam tongkang tersebut.

Pasukan penyelamat dari Balai Kapit dan agensi lain katanya, kini sedang berusaha mencari mangsa yang masih hilang sementara menunggu pasukan penyelam yang masih dalam perjalanan. — Sarawakvoice

Secara Rawak

Artikel Terbaru