Najib tidak akan kurangkan jumlah penjawat awam

KOTA BHARU: Perdana Menteri memberi jaminan jumlah penjawat awam di negara ini tidak akan dikecilkan jika Barisan Nasional menang dalam pilihan raya umum akan datang kerana mereka ialah benteng kerajaan.

Malah Datuk Seri Najib Razak berkata, kerajaan akan turut menyediakan pelbagai manfaat kepada penjawat awam yang banyak membantu melaksanakan dasar untuk kepentingan  rakyat.

Katanya, sebuah kerajaan tidak mungkin dapat mentadbir dengan baik melainkan penjawat awam berdiri teguh di di belakang kerajaan, selain menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan amanah.

“Ada cakap-cakap hendak kecutkan saiz perkhidmatan awam, ada yang hina penjawat awam kata kucing kuraplah.

Saya nak beritahu, kerajaan pimpinan saya tak akan kecutkan saiz perkhidmatan awam. Jangan bimbang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di hadapan lebih 10,000 penjawat awam Kelantan di Wisma Persekutuan di sini, semalam. — Sarawakvoice