Monday, June 27, 2022

Mohamad Sabu sindir Hadi: Kalau tidak mahu kuasa, tidak usah bertanding

Secara Rawak

KOTA BHARU: Kalau tidak mahu kuasa, tidak usah bertanding, kata Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu, menyindir dolak-dalih Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mahu Pas bertanding 130 Parlimen, tetapi hanya menyasarkan menang 40 kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

“Kalau nak ambil 40 kerusi, bertandinglah 40 (kerusi),” ujar mantan Timbalan Presiden Pas itu pada ceramah umum perasmian Pejabat Amanah Jeli, di Kelantan.

Mohamad mengulas lanjut, “bagi Pakatan Harapan, kita nak ambil alih kuasa. Orang kata kami gila kuasa, betul kami gila kuasa…” tambahnya, itulah tujuan Harapan bertanding di semua 222 kerusi seluruh Malaysia pada PRU14.

Bagi Mohamad, hasrat untuk berkuasa tetap ada, dan persoalan menang atau kalah itu perkara lain.

Mohamad turut mengulas berkaitan Amanah yang sudah berusia dua tahun membawa gagasan Rahmatan Lil ‘Alamin, kebanyakan ahlinya berasal dari Pas. — Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru