KUANTAN: “Kita sepakat memilih Tun (Mahathir) kerana faktor yang dimiliki beliau selama 22 tahun sebagai perdana menteri.
“Kalau ikutkan emosi atau perasan terguris dengan apa berlaku sebelum ini, saya terjejas teruk,” akui Presiden Pakatan Harapan (Harapan) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selepas majlis penutupan Konvensyen Harapan Pahang 2018 pada Sabtu.
Wan Azizah berkata semua pihak kena bergerak kerana paling penting ialah masa depan negara.
Wan Azizah mengulas berkaitan kempen #UndiRosak dilancarkan sejak 7 Januari lalu dipercayai dilakukan pihak kecewa apabila Tun Dr Mahathir Mohamad dicalonkan sebagai perdana menteri semula, jika Harapan memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang.
Wan Azizah menggesa pengundi agar tidak memboikot PRU14 dan percaya kempen berkenaan tidak menjejaskan sokongan terhadap Harapan kerana gerakan tersebut dianggap tidak dominan. — Sarawakvoice
