Saturday, December 3, 2022

Mayat bayi baru lahir ditemui dibuang di pembentung Viva City

Secara Rawak

KUCHING: Seorang pekerja pembentungan yang sedang membersihkan tangki di Pusat Beli-Belah Viva City terkejut apabila menemui mayat seorang bayi lelaki cukup sifat petang semalam.

Mayat bayi tersebut yang masih bertali pusat ditemui sekitar jam 5.35 petang.

Susulan penemuan tersebut, satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Sekama oleh pekerja terbabit.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching, Superintendan Abang Junaidi Abang Annuar memgesahkan penemuan mayat bayi malang tersebut. — Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru