Tuesday, June 28, 2022

Guru mengamuk, berkata kesat dipindah segera ke PPD

Secara Rawak

PUTRAJAYA: Guru di sebuah sekolah di Kulim, Kedah yang mengamuk dalam mesyuarat guru dengan video ditularkan di media sosial, disahkan ditukarkan ke Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kulim Bandar Baharu pada Jumaat.

Kejadian dalam video sekitar dua minit itu menunjukkan guru berkenaan mengeluarkan kata-kata kesat pada mesyuarat guru sekolah terbabit pada 24 Januari lepas

Menurut kenyataan Kementerian Pendidikan (KPM) pada Jumaat, pemindahan guru tersebut dilakukan sementara menunggu siasatan punca beliau “mengamuk”.

Kenyataan menyebut, tindakan dilakukan bagi menenteramkan emosi guru berkenaan, selain menjaga ketenteraman proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah berkenaan.

KPM dalam kenyataannya mengingatkan guru dan pentadbir sekolah sebagai penjawat awam agar sentiasa profesional dalam hubungan sesama rakan sekerja, pelajar serta masyarakat agar profesion guru terus dihormati dan dipandang mulia masyarakat. — Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru