Friday, August 12, 2022

Sarawak bakal manfaat teknologi big data terokai minyak Sarawak

Secara Rawak

KUCHING: Sarawak akan menggunakan teknologi “big data’ dalam menerokai kawasan-kawasan berpotensi memiliki gas dan minyak di negeri ini.

Inisiatif ini dibayangkan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg semalam, seterusnya memperkukuh komitmen pentadbirannya untuk terus memperkasa industri minyak dan gas di negeri ini.

“Ia penting untuk memastikan sektor ini kekal penyumbang utama untuk ekonomi Sarawak.

Penggunaan teknologi baharu dan maju, terutamanya oleh anak tempatan tegasnya, akan meningkatkan kemampuan mereka dalam sektor ini (minyak dan gas), terutama dari aspek eksplorasi kawasan darat dan luar pesisir.

“Kita (Sarawak) kini sedang menerokai teknologi maju terutama yang membabitkan ‘big data’ dan ia teknik baharu dalam industri minyak dan gas,” katanya ketika berucap pada upacara Loadout E6 DP-A Topside dan Substructure di Perbadanan Kejuruteraan dan Limbungan Brooke di sini.

Abang Johari berkata, penggunaan teknologi ini telah terbukti berjaya di Musaddam, Oman apabila proses penggalian dan penggerudian minyak di kawasan gurun dilakukan secara elektronik.

“Malah teknologi ini dimanfaatkan sepenuhnya dengan profil hidro karbon di perut buminya dapat diperoleh dan ‘dipadankan’.

“Ia amat menjimatkan masa dan kos, selain dilakukan oleh hanya dua petugas, tanpa perlu menebuk paip ke dalam lubang telaga.

Abang Johari berkata, dengan minyak dan gas telah ditemui di negeri ini telah sejak 1910, beliau yakin pengalaman ini menjadikan Sarawak pemain industri yang berwibawa, dan Petroleum Sarawak Berhad (Petros) akan menjadi salah satu pemain utamanya.

“Beri tempoh dua tahun,” katanya yang yakin dengan keupayaan Petros menerokai marginal field selain menjayakan sektor huluan dan hiliran.

“Petros akan dibantu oleh vendor dsn kontraktor untuk meneroka kewujudan rizab hidro karbon yang kita miliki,” jelasnya lagi.

Mengenai pembinaan pelantar yang dibangunkan untuk gugusan E6 ini, Abang Johari melahirkan kegembiraannya atas kemampuan Brooke Dkckyard menyiapkan tugasan tersebut mengikut jadual, sifar kecederaan dan yang paling penting, mengikut bajet yang ditetapkan.

Gugusan E6 merupakan sebahagian daripada lapangan produksi minyak SK308 yang dikongsi bersama oleh Sarawak Shell Berhad dan Petronas Carigali Sdn Bhd.

Ia terletak di 180 kilometer di barat Miri, pada kedalaman 228 kaki atau 70 meter.

Turut hadir Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Dr James Jemut Masing; Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Morshidi Ghani; Pengerusi Shell Malaysia, Datuk Iain Lo dan Pengerusi Brooke Dockyard, Datuk Abang Abdul Karim Tun Openg.

Projek struktur jaket ini dianugerahkan kepada Brooke Dockyard pada 5 September 2016. — Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru