Tuesday, December 6, 2022

Sarawak Energy komited bangunkan tenaga boleh diperbaharui, mampu milik

Secara Rawak

KUCHING: Sarawak Energy mengulangi komitmen untuk membangunkan tenaga boleh diperbaharui, berpatutan dan boleh dipercayai sementara meneroka dan melaksanakan kemajuan teknologi sejajar dengan trend tenaga global.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sharbini Suhaili menekankan kepentingan untuk menjangka, mengenal pasti dan mengkaji pengubah permainan dalam senario tenaga global agar terus relevan dengan pelanggan dan pihak berkepentingan, serta beroperasi dengan cekap.

“Sarawak Energy menyasar untuk menjadi penyedia utiliti teratas setanding rakan serantau dan antarabangsa. Kami memantau pembangunan sektor tenaga dan menyesuaikan diri dengan mereka dengan menggunakan teknologi baharu.

“Ini akan memastikan kita bersedia untuk memanfaatkan peluang-peluang baharu sementara menangani cabaran yang datang dengannya,” ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam pembentangan bertajuk ‘Hydropower Development — Affordable, Renewable and Reliable Energy to Energise Transformation and Sustainable Opportunities’ untuk delegasi dari sektor tenaga tempatan dan rantau ini pada Minggu Tenaga Antarabangsa (IEW) 2018, di sini semalam.

Sharbini turut menekankan perkara- perkara yang menjejaskan industri sejak sedekad lalu seperti perubahan iklim dan cabaran alam sekitar, dasar dan peraturan dan inovasi dalam teknologi yang telah membawa kepada perubahan bagaimana sektor itu beroperasi.

Sarawak Energy katanya, sedang berusaha untuk terus mendahului tetapi menekankan bahawa kuasa hidro adalah pilihan terbaik untuk menyediakan kuasa bagi pertumbuhan dan pembangunan Sarawak memandangkan manfaatnya dapat dipindahkan kepada pelanggan.

Sarawak Energy menyasar untuk menjadi penyedia utiliti teratas setanding rakan serantau dan antarabangsa. Kami memantau pembangunan sektor tenaga dan menyesuaikan diri dengan mereka dengan menggunakan teknologi baharu.

Sarawak Energy turut menawarkan purata tarif terendah di Malaysia, dan antara terendah di rantau ini.

“Untuk Sarawak, tenaga hidro boleh diperbaharui telah menguasai sektor tenaga terutamanya pada dekad lalu dalam menyediakan tenaga yang berpatutan dan mapan untuk pertumbuhan dan pembangunan Sarawak,” katanya.

Projek Sarawak Energy dibangun selaras dengan Protokol Penilaian Kemapanan Persatuan Tenaga HidroAntarabangsa(IHA) dan garis panduan Suruhanjaya Antarabangsa bagi Empangan Besar (ICOLD).

Sharbini turut menekankan bagaimana perbadanan milik penuh kerajaan itu beker- jasama dengan kerajaan negeri dalam strategi pembangunannya untuk Sarawak.

Ia bermula dengan Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak ( SCORE) dan Ekonomi Digital, dan usaha terkini untuk membina Ekonomi Tenaga Hijau dengan menyelidik aplikasi hidrogen dan bahan api terutamanya untuk pengangkutan awam. — Bernama

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru