Tuesday, May 11, 2021

Ibu beranak kembar, salah satu anaknya dipercayai seekor buaya

Mesti baca

ROZITA Ibrahim@BondaRozita pengasas produk Jamu Ratu Malaya dan Sendayu Tinggi, melalui media sosial di Facebooknya berkongsi kisah viral, seorang ibu di Indonesia bernama Puan Siti Asmah memelihara buaya selama 27 tahun.

Menurut Rozita yang juga ibu kepada jutawan Aliff Syukri Terlajak Laris — Asmah, 57, mempercayai bahawa buaya tersebut sebagai anaknya sendiri bernama “Nurhasanah”.

Lawatan Rozita Ibu Aliff Syukri di Jambi

Dalam rakaman video yang dikongsikan itu, kulit “Nurhasanah” dikatakan lembut tidak keras seperti buaya biasa.

Asmah mendakwa buaya ini sebagai kembar anak lelakinya bernama Masroni.

Kisahnya, sewaktu hamil, dia mengalami situasi pelik mengandungkan kedua-dua anaknya ini selama 11 bulan.

Nurhasanah bersifat seperti manusia yang boleh mendengus, batuk dan menangis.

Dahulu, pihak Taman Haiwan mahu mengambil buaya Nurhasanah ini, Asmah membenarkannya dengan syarat tidak boleh mencampurkan Nurhasanah dengan buaya lain.

Akhirnya pihak Taman haiwan mengalah dan tidak jadi mengambil buaya tersebut.

Sebelum ini, pada 2013 Bangkaspos.com pernah melaporkan kisah yang berlaku di Kota Jambi ini.

Wartawan Bangkapos mengunjungi rumah Asmah dipinggir jalan di Simpang Tuan, 70 kilometer dari Kota Jambi ke arah Kabupaten Tanjung Jabung Timur.

Ketika itu, Nurhasanah sepanjang 2.5 meter sedang mandi di dalam tab yag dibina khas dilapisi marmar.

Menurut wartawan tersebut, buaya muara yang memiliki moncong panjang itu membuka matanya yang pejam lalu melirik ke arah mereka.

Asmah menceritakan kisah bermula dia hamil lebih 20 tahun lalu dan disahkan mengandung bayi kembar.

Menghampiri waktu melahirkan bayi, Asmah kerap didatangi mimpi yang meminta dia ikhlaskan kerana salah satu anak dikandungnya dipelihara di dunia ghaib dalam bentuk buaya.

Menurutnya mimpi tersebut berlaku berulang kali sehingga dia melahirkan bayi pada 6 Jun 1991.

Namun, tidak seperti ramalan doktor bahawa dia mengandungi bayi kembar, tetapi apabila saatnya tiba dia hanya melahirkan seorang bayi lelaki yang kemudian diberi nama Masroni.

Asmah melanjutkan cerita, selesai melahirkan Masroni, dia terus bermimpi didatangi seekor anak buaya yang mengaku sebagai anak kembarnya yang hilang semasa dilahirkan.

Mimpikan Buaya Mengaku Anak

Buaya berkelamin betina ini diberi nama Nurhasanah, mengaku berada di aliran Sungai Kuala Tungkal.

Setelah beberapa kali bermimpi Asmah meminta anaknya “buaya” itu pulang ke rumah tetapi dia memberitahu masanya belum sampai dan mereka hanya mampu berkomunikasi melalui mimpi.

Selepas 10 tahun berlalu, Asmah kembali didatangi Nurhasanah dalam mimpi yang meminta menjemputnya di salah satu tempat di tepi aliran Sungai Kuala Tungkal.

Selepas mimpi tersebut, Asmah bersama keluarganya dikatakan datang ke tempat yang dimaksudkan dan di situ dia mendapati ada seekor anak buaya lalu membawanya pulang ke rumah.

Pada 2013, Nurhasanah sudah tinggal bersama Asmah dan keluarganya 13 tahun yang ketika itu berusia 23 tahun.

Setiap malam Isnin dan Jumaat ayam panggang disediakan untuk makanan Nurhasanah.

Kisah Panjang: Buaya Kahwin Ghaib Dengan Ular

Sebelum ini, kisah buaya bernama Nurhasanah ini mempunyai cerita panjang termasuklah nukilan yang ditulis oleh penulis bernama Rachmawan di blognya pada 2008 yang mengisahkan perkahwinan ghaib antara buaya bernama Nurhasanah ini dengan ular bernama Basid yang berasal dari Kalimantan.

Cerita aneh ini mendapat respons masyarakat setempat termasuk ahli agama yang menyifatkan kisah ini sebagai syirik dan sesat.

Dari segi spesies, buaya yang digambarkan sebagai Nurhasanah ialah jenis buaya Jejulong atau Malayan gharial (Tomistoma schlegelii) yang dikatakan sebagai reptilia air tawar, mempunyai muncung panjang tirus

Jejulong betina biasanya matang apabila bersaiz antara 2-3 meter.

Diet buaya Jejulong ialah ikan, burung dan haiwan vertebrata dan buaya ini tidak makan manusia.

Vanishing Twin Syndrome

Razif Fuad melalui laman blognya razif-fuad.blogspot.my, menganggap Asmah yang mengakui melahirkan kembar buaya itu sebenarnya dari sudut sains dikatakan mengalami “Vanishing Twin Syndrome”.

Tanpa menghuraikan lanjut, Razif Fuad menulis “ibu ini mengalami Vanishing Twin Syndrome, satu hal yang jarang berlaku tetapi tidak pelik dari sudut perubatan. Sebabnya, the fetal tissue is absorbed by the other twin, multiple, placenta or the mother.” — Sarawakvoice

Secara Rawak

Artikel Terbaru