Tuesday, December 6, 2022

BNM tidak harus naikkan kadar faedah

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Walaupun pertumbuhan ekonomi Malaysia adalah baik terutama untuk empat suku tahunan yang terakhir, yang akan mencetuskan tekanan inflasi, namun faktor kos sara hidup ialah elemen yang amat penting yang perlu diambil kira sebelum memutuskan sebarang kenaikan Kadar Faedah Semalaman  (OPR).

Timbalan Pengerusi Lajnah Ekonomi dan Pembangunan Usahawan PAS Pusat Mazli Noor berkata, berdasarkan senario pasaran dan ekonomi Malaysia sekarang, kadar faedah tidak harus dinaikkan.

Jawatankuasa Polisi Kewangan (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) akan bermesyuarat pada hari ini.

Antara topik hangat yang ditunggu oleh pasaran dan penganalisis adalah sama ada MPC akan menaikkan kadar faedah untuk Malaysia, bersesuaian dengan pertumbuhan ekonomi sekarang, sebagaimana yang telah dilaporkan.

Sekiranya berlaku kenaikan OPR, ia akan berkuat kuasa esok.

Pada November lalu Lujnah  berkenaan menegaskan beberapa faktor yang perlu  diambil kira BNM  untuk tidak menaikkan kadar faedah iaitu data isi rumah Malaysia yang masih tidak stabil, petunjuk ekonomi Malaysia yang juga semakin merosot.

Contoh yang dikemukannya ialah suasana pasaran hartanah yang makin lembab dan menuju kejatuhan, parameter bank iaitu Nisbah Pinjaman Deposit (LDR) yang tinggi melebihi 90% dan kadar simpanan rakyat Malaysia yang amat rendah.

Menurut Mazli sebarang tekanan inflasi yang berlaku adalah dicetuskan oleh kenaikan kos yang bersifat sementara dan akan menuju normalisasi.

“Oleh itu untuk memastikan tiada tindakan pramatang oleh BNM yang bakal merencat pasaran dan membebankan pengguna, sebagaimana kenyataan kami yang terdahulu, PAS menyarankan OPR dikekalkan sehingga sekurang-kurangnya Suku Ketiga 2018,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, walaupun tidak dinafikan bahawa kenaikan OPR mampu menggalakkan tabungan, namun pengguna  sepatutnya diberikan ruang bertenang ke arah normalisasi sebelum diketatkan dan ditekan dengan kenaikan OPR. — Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru