Wednesday, December 7, 2022

Rizab antarabangsa bertambah kepada US$103 bilion – BNM

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah US$103 bilion pada 15 Jan, 2018, meningkat daripada US$102.4 bilion yang dicatatkan pada 29 Dis, 2017.

Dalam kenyataan hari ini, bank pusat berkata, paras rizab itu memadai untuk membiayai 7.1 bulan import tertangguh dan 1.1 kali hutang luar negeri jangka pendek.

Menurut BNM komponen utama rizab antarabangsa itu merangkumi rizab mata wang asing (US$96.3 bilion), kedudukan Tabung Kewangan Antarabangsa (US$0.8 bilion), Hak Pengeluaran Khas (SDR) (US$1.2 bilion), emas (US$1.5 bilion) dan aset rizab lain (US$3.2 bilion).

Aset-aset pula terdiri daripada emas dan tukaran asing serta rizab lain, termasuk SDR (RM416.767 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM4.367 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM8.065 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM7.558 bilion), tanah dan bangunan (RM4.179 bilion), dan aset-aset lain (RM10.472 bilion), menurut BNM.

— BERNAMA

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru