JAKARTA: Berita Presiden Indonesia Joko Widodo  yang lebih dikenali sebagai Jokowi membeli sebuah motosikal jenis chopper yang ditempah khas menjadi tular di  negara ini.

Ia berlaku selepas pemilik syarikat berkenaan memuat naik gambar  Jokowi bersama motosikal yang didakwa miliknya.

“Saya melihat motosikal ini mempunyai peluang cukup baik untuk dieksport di negara Asia Tenggara seperti Malaysia, Thailand dan Filipina,” kata Jokowi.

Menurut laporan media tempatan, Motosikal Royal Enfield Bullet 350cc Chopperland itu dibeli daripada syarikat tempah khas motosikal tempatan Elders Garage dan Kickass Choppers.

Laporan itu berkata, Jokowi yang juga peminat muzik heavy metal membeli motosikal yang berwarna emas itu pada harga Rp 140 juta (RM41,400) menggunakan wangnya sendiri.

Presiden Indonesia itu tertarik dengan motosikal berkenaan yang dipamerkan ketika acara Sumpah Pemuda pada Oktober tahun lalu.

Selepas acara itu, seorang wakil Jokowi bertemu pemilik motosikal berkenaan dan menyatakan hasrat pemimpin itu untuk membelinya.

Sementara itu, Jokowi yang menerima motosikal itu di Istana Presiden berkata, dia tertarik dengan bentuk motosikal itu, selain mahu menyokong produk tempatan.

“Ini bukanlah kali pertama saya terdorong untuk membeli produk tempatan. — Sarawakvoice