Tuesday, June 28, 2022

Amanah sedia perkenalkan Bai’ah, tapi tiada isu talak seperti Pas, atau denda wang macam Bersatu

Secara Rawak

PETALING JAYA: Parti Amanah Negara (Amanah) mengatakan pihaknya sedia mempertimbangkan mengadakan kontrak bagi menghalang calonnya daripada melompat parti.

Langkah diambil itu dilihat seiring jalan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sebelum ini yang mahu mengikat calonnya menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) daripada melompat parti dengan penalti RM20 juta.

Memetik FMT, Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad berkata langkah tersebut boleh dilakukan dalam bentuk sumpah bai’ah, namun menurutnya jauh berbeza dengan sumpah bai’ah Pas yang dikaitkan dengan isu talak.

Difahamkan lafaz taklik tersebut dikaitkan dengan menceraikan isteri mereka dengan talak tiga sekiranya melanggar bai’ah.

Amanah juga menurut Khalid tidak bercadang mengikat bakal calonnya dengan hukuman wang ringgit yang besar seperti Bersatu.

Bersatu sebelum ini khuatir kemungkinan ahli Parlimen Harapan ditawarkan wang untuk melompat parti selepas menang PRU14.

Difahamkan, Parti Keadilan Rakyat (PKR) pernah mempunyai kontrak serupa yang perlu ditandatangani calonnya pada PRU 2013 lepas. — Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru