Tuesday, December 6, 2022

Bakal suami larikan wang, wanita ini makin terkejut ketahui identiti sebenarnya dia…

Secara Rawak

BEIJING: Si janda, Wang Qi, 41, berasal dari wilayah Zhejiang bertemu lelaki marga Qian melalui media sosial pada 2016 sehingga akhirnya mereka menjalin hubungan asmara.

Sepanjang menjalani hubungan, Qian dikatakan selalu menolak mengadakan hubungan intim mereka ke tahap yang lebih serius.

Wang Qi tidak berputus asa dan menyangka Qian menolak kerana dia janda beranak satu.

Pada 2017, kedua-duanya sempat tinggal bersama.

Qian pernah membawa Wang ke kampung halamannya di Haikou untuk diperkenalkan dengan ibu bapanya.

Meskipun sudah tinggal bersama dan diperkenalkan dengan keluarga Qian, lelaki itu tetap menolak melanjutkan hubungan mereka ke tahap lebih serius termasuk mengadakan hubungan seks.

Sekitar enam bulan tinggal bersama, pada November tahun lepas, Qian meninggalkan Wang begitu sahaja tanpa khabar berita.

Selepas itu, Qian tidak lagi pernah pulang di kediaman Wang.

Wang melakukan pelbagai ikhtiar mencari Qian kerana semasa lari, Qian membawa sejumlah duit milik Wang menghilang bersamanya.

Wang mati akal tetapi terus mencari identiti Qian sebenar sehingga akhirnya dia terjumpa kad pengenalan yang ditinggalkan menunjukkan Qian sebenarnya adalah seorang wanita.

Ya, mengejutkan Wang selama ini memberi cintanya bukan kepada seorang lelaki!

Memetik Oddity Central pada Jumaat, sebaik sahaja mengetahui identiti Qian, Wang terus menemui ibu bapa Qian di kampung yang pernah diperkenalkan “kekasih”nya itu sebelum ini.

Ayah Qian mengesahkan sememangnya Qian seorang perempuan dan menjadi penkid atau “tomboy” sejak kecil dan tampil menyerupai lelaki.

Akan tetapi, ibu bapa Qian enggan membantu menyelesaikan masalah Wang.

Tekai-teki yang bermain dibenak Wang terjawab, mengapa Qian tidak mahu meneruskan hubungan mereka ke tahap lebih serius selama ini.

Wang langsung tidak curiga pada penampilan Qian yang berdada rata seperti lelaki itu.

Mengenang sakit hatinya pada penyamaran Qian itu serta hilangnya sejumlah duitnya bersama Qian, Wang sedia melaporkan kes itu kepada polis. — Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru