Tuesday, October 4, 2022

Polis rakam percakapan kanak-kanak 11 tahun dakwa hampir diculik di Taman Sejoli

Secara Rawak

KUCHING: Polis Sarawak mengesahkan mereka menerima laporan mengenai cubaan culik seorang kanak-kanak berusia 11 tahun ketika sedang bermain di hadapan rumahnya di Taman Sejoli, sekitar jam 4 petang semalam.

Menurut laporan oleh bapa mangsa yang berusia 45 tahun, anaknya sedang bermain di luar rumah sebelum dihampiri oleh sebuah kenderaan jenis Perodua Myvi hitam.

Penumpang dalam kenderaan tersebut cuba menariknya ke dalam, namun gagal berbuat demikian apabila secara tiba-tiba sebuah motosikal yang ditunggang oleh seorang jiran menghampiri kenderaan tersebut.

Pemandu dan kereta itu memecut lari sejurus melepaskan kanak-kanak terbabit, yang kemudiannya bergegas masuk ke dalam rumah.

Kejadian berlaku berhampiran Sekolah Kebangsaan Gita, dekat sini.

Ketua Siasatan Jenayah Negeri, Datuk Dev Kumar ketika dihubungi berkata, pihaknya telah menemu duga mangsa tersebut.

“Masih tidak jelas sama ada ia betul-betul percubaan untuk menculik atau tidak.

“Tetapi kita akan siasat dari semua segi,” katanya lagi. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru