Terima kasih kerana sokong saya dan dasar-dasar saya! — Abang Johari

0
8

KUCHING: “Terima kasih kerana menyokong saya dan dasar-dasar saya! — itu ungkapan ringkas Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg sempena setahun beliau menduduki kerusi empuk Ketua Menteri Sarawak.

Duduk di kerusi itu tidak mudah. Malah bukan ringan seperti yang difikir banyak orang.

Tugas berat digalasnya kerana rakyat mengharapkan banyak kejayaan, perubahan dan paling penting, kehidupan yang selesa.

“Yang penting sekarang ialah tumpuan ke arah nasihat yang perlu kita berikan kepasa generasi muda untuk mengisi kehendak ekosistem baharu yang kita bina kini.

“Saya percaya berasaskan kepada kejayaan banyak anak Sarawak di luar sana (luar Sarawak), mereka akan dapat mengisi kehendak kita untuk mentransformasikan cara hidup kita, perniagaan kita, dan juga pendekatan kita menerusi ekonomi digital,” jelasnya ketika menutup pertemuan khas dan eksklusif sarawakvoice.com di pejabatnya pada petang Rabu lalu.

Berikut adalah dasar-dasar dan langkah yang beliau perkenalkan sejak 360 hari yang lalu:

1. Bas berkuasa Hidrogen
2. Bank Pembangunan Sarawak ( DBOS )
3. Biasiswa Yayasan Sarawak- Tambah peruntukan kepada RM100 juta
4. Ekonomi Digital
5. Empangan Bakun – ambil alih daripada Kementerian Kewangan dan Pesuruhjaya Tanah Persekutuan melalui Sarawak Energy Berhad, RM2.5 bilion.
6. Hikmah Exchange- Bangunan pintar pertama Sarawak, kos lebih RM300 juta
7. Jambatan Gantung Satok dibina semula, kos RM8.5 juta
8. Lembaga Multimedia Sarawak (SMA)
9. Lembaga Pembangunan Hulu Rejang(URDA)
10. Lembaga Pembangunan Tanah Tinggi(HDA)
11. Lembaga Pembangunan Tasik
12. Projek Lembah Rangau, Limbang , kos RM250 juta
13. Premium balak – menaikkan kadar kepada RM50 per meter padu, sejak Julai lalu berbanding RM0.80 per meter padu sejak 1984
14. Projek Pembangunan Darul Hana, Petra Jaya
15. Sarawak Pay
16. Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) Fasa 1 untuk kawasan Kuching , Samarahan, Pantai Damai
17. Smart Sarawak
18. Syarikat Petroleum Sarawak
19. RM1 billion untuk membina 5,000 menara telekomunikasi untuk infrastruktur baharu konektiviti Internet
20. RM1 bilion untuk menaik taraf sekolah di luar bandar — Sarawakvoice