RM4 juta baiki rumah: Keluarga layak dari rumah panjang di Beluru terima RM1,000

MIRI: Setiap keluarga yang layak di 140 rumah panjang di Daerah Beluru menerima bantuan RM1,000 untuk membaik pulih kediaman mereka.

Menteri Muda Kerajaan Tempatan, Datu Dr Penguang Manggil berkata, agihan peruntukan RM4 juta itu diberikan oleh Kerajaan Persekutuan melalui Program Bantuan Rumah (PBR).

Keluarga yang menerima bantuan dapat membeli keperluan menaik taraf kediaman masing-masing seperti membaiki bumbung, dinding, lantai dan sebagainya.

Ahli Dewan Undangan Negeri Marudi itu dalam kenyataannya selepas majlis penyerahan cek projek khas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan melantik ketua masyarakat mengemukakan senarai nama keluarga yang layak menerima bantuan berkenaan.

Penguang mengumunkan, bagi rumah panjang yang tidak mendapat peruntukan itu, beliau akan membantu mereka melalui peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) yag disediakan oleh Kerajaan Negeri. — Sarawakvoice

Gambar fail