Kumpulan penyelidik SEB di Jepun dan China kaji kaedah proses hidrogen terbaik — Abang Jo

0
6

KUCHING: Kumpulan penyelidik dari Sarawak Energy Berhad kini sedang berada di China dan Jepun untuk mengkaji pelaksanaan bahan bakar hidrogen dari kedua-dua negara itu.

Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, peranan mereka adalah mencari kaedah proses “gas hidrogen” yang terbaik untuk dilaksanakan di negeri ini.

“Ia tidak sukar. Saya berkunjung ke Alstrom dan Siemens di Jerman dan melihat sendiri akan proses elektrolisis, pengesktrak hidrogen daripada air di dalam chamber.

“Tetapi di China, seorang jurutera memiliki loji yang memproses hidrogen selama 17 tahun.

“Beliau menggunakan alkali dan pengguna lain berpusu-pusu menggunakan hidrogen yang dibekalnya,” katanya dalam pertemuan khas dengan sarawakvoice.com pada Rabu lalu.

Kata Abang Johari, itulah bentuk masa depan Sarawak yang beliau ingini, iaitu bersih dan tidak tercemar, biarpun maju.

“Pada masa yang sama, ia membuka pintu pekerjaan dan bidang baharu di negeri ini,” jelasnya lagi. — Sarawakvoice