FB kurangkan berita, iklan dalam news feednya, kuatkan mesej keluarga, rakan — Zuckerberg

NEW YORK: Facebook sedia membuat perubahan besar menjadikan media sosial itu lebih bermakna untuk kalangan pengguna.

Pengasas Facebook Mark Zuckerberg lelaki kelima terkaya di dunia memiliki harta sekitar AS$74 bilion, dalam mesej terbaru di akaun Facebooknya mengatakan “Facebook News Feed” menjadi terlalu padat menerima limpahan berita perniagaan, barangan jenama dan media.

Beliau mengandaikan perkara itu berlaku akibat rangkaian media sosial hilang punca daripada matlamat sebenar.

Facebook muncul 2004, memiliki lebih 2 bilion pengguna setiap bulan, menerima kritikan berkaitan isu masalah sosial dan politik seperti berleluasanya pembuli siber dan menjadi pelantar penyebaran berita palsu.

Zuckerberg berjanji menyelesaikan isu ini dan berjanji menjadikan Facebook lebih baik untuk pengguna.

Zuckerburg sedar Facebook menyimpang jauh daripada matlamatnya menghubungkan komunikasi dengan sesama rakan dan keluarga.

Perubahan ini melibatkan “posting umum” daripada penerbit seperti berita organisasi akan menjadi berkurangan dalam suapan beritanya.

Sebaliknya, posting umum menumpukan lebih kepada interaksi dan komunikasi bersama rakan dan keluarga.

“Saya akan pastikan, masa anda bersama Facebook akan lebih bermakna,” ujar Zuckerberg. — Sarawakvoice