Abang Johari: Golongan muda Sarawak perlu miliki minda distruptif

KUCHING: Golongan muda di Sarawak perlu memiliki minda distruptif, kata Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Jelas Presiden Saberkas itu lagi, pemikiran mereka tidak lagi boleh berpandukan cara lama.

“Ini kerana ekosistem telah berubah. Maknanya, teknologi yang ada telah mengubah seluruh ekosistem yang ada.

“Golongan muda perlu berubah dan menguasai pelbagai cabang ilmu baharu, yang memacu masa depan mereka.

Misalnya katanya, kepintaran artifisial, automasi dan peranan sensor.

“Ini adalah antara teknologi masa depan, dan kita tidak akan dapat menahan atau menolaknya.

“Ini yang mewujudkan isu Uber dan Grab. Kita tidak boleh hentikan kerana itulah bentuk pasaran hari ini,” jelasnya lagi.

Katanya, terdapat banyak peluang untuk golongan muda kerana sumber yang ada.

“Misalnya, jika air tidak diproses dengan teknologi, ia tidak akan mengeluarkan hidrogen.

“Kini air kita sudah menjadi komoditi yang berharga seperti juga minyak, malah menggantikan nuklear,” tambahnya lagi. — Sarawakvoice