20 kereta mewah bernilai RM3 juta diseludup berjaya diperoleh semula

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia berjaya menurunkan kes berkaitan penyeludupan kereta mewah di negara ini sebanyak 40 peratus sepanjang tahun lalu.

Menurut Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, berkata lebih banyak kes membabitkan rentas sempadan dapat ditangani dan diselesaikan.

Ini, ujarnya termasuk menerusi kerjasama dengan AseanPol.

Beliau memberitahu pemberita demikian selepas melancarkan pejabat baharu AseanPol serta Majlis Serah Tugas Pengarah Eksekutif Polis Sekretariat AseanPol di Menara Bank Rakyat di sini semalam.

Katanya, kerjasama antara polis Malaysia dan Thailand turut menghasilkan kejayaan apabila 20 kereta mewah bernilai RM3 juta yang dicuri dan diseludup ke Thailand diperoleh semula.

Katanya, Timbalan KPN, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim baru sahaja pulang dari Thailand untuk menerima kereta berkenaan. — Sarawakvoice

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun (tengah) menandatangani plak selepas Pelancaran Pejabat Baru Sekretariat ASEANAPOL dan Upacara Penangguhan Penerimaan Pengarah Eksekutif Bagi Perkhidmatan Polis Sekretariat ASEANAPOL di Menara Berkembar Bank Rakyat hari ini. – Foto BERNAMA