Tuesday, June 28, 2022

Dari filem ke dunia sebenar, artis ‘Datuk’ tidur lokap kerana tampar polis

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Seorang artis yang baharu mendapat gelaran Datuk ditahan polis petang semalam selepas “naik gila”, menyerang seorang anggota polis dan orang awam tanpa alasan di Balai Polis Trafik Kota Damansara.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohd Zani Che Din berkata,
insiden berlaku sekitar jam 1.20 petang semalam, apabila Datuk yang juga pengarah sebuah filem aksi berbentuk gangster itu berkunjung ke balai tersebut bersama-sama seorang awam, yang dipercayai bertindak membantunya selepas terlibat satu kemalangan jalan raya.

“Semasa anggota berpangkat konstabel itu bertanya kepada Datuk terbabit akan kejadian kemalangan, suspek tiba menunjukkan telefon bimbitnya yang bertulis “300 artis meminjam ah long kerana tiada kerja”.

Apabila anggota terbabit bertanya lanjut kepada suspek, suspek “naik angin” lalu menampar anggota sambil menyepak orang awam yang kebetulan berada berdekatan.

Kejadian disaksikan beberapa orang awam lain, termasuk seorang anggota polis yang berpangkat Koperal.

“Suspek kenudian ditangkap kerana berkelakuan merusuh, berkelakuan tidak senonoh dan menyerang serta mencederakan anggota, yang juga penjawat awam yang sedang menjalankan tugas rasmi mengikut fungsi tugas.

Kes disiasat mengikut Seksyen 90 Akta Polis 1967 kerana berkelakuan tidak senonoh di balai polis dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan tanpa menggunakan senjata.

Polis masih menyiasat punca kejadian, namun saringan urin mendapati suspek positif dadah jenis ganja.

Datuk terbabit akan dibawa ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya pagi ini untuk proses tahanan reman. — Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru