Thursday, June 30, 2022

Pas: Agihan kerusi Pakatan Harapan untungkan DAP

Secara Rawak

KOTA BHARU: Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Abdullah menyifatkan pembahagian kerusi dalam kalangan parti Pakatan Harapan  hanya memberi keuntungan kepada DAP kerana parti itu mempunyai pengundi tegar dan kawasan tradisi meskipun memperoleh jumlah kerusi yang sedikit berbanding parti lain.

“Ia takkan sama dan kita akan lihat pada keputusan akhir nanti. Pembahagian kerusi itu lebih menguntungkan DAP kerana mereka ada sokongan pengundi tetap, kawasan tradisi dan sudah pun menang kerusi Parlimen yang banyak tetapi parti-parti lain kena bertarung,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis penyampaian watikah Ahli Majlis Pihak Berkuasa tempatan (PTB) Kelantan 2018, di Kelantan Trade Centre Kota Bharu, semalam.

Mohd Amar berkata, DAP hanya menggunakan, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sebagai starategi untuk menunjukkan kepada pengundi Melayu bahawa mereka tidak dominan dalam Pakatan Harapan sedangkan realitinya parti pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad itu tidak mampu umemberikan saingan biarpun diberikan sebanyak 52 kerusi dalam PRU-14.

Katanya Bersatu tidak ada kerusi Parlimen kecuali di Pagoh yang dimenang atas tiket Barisan Nasional (BN) pada PRU-13.

“Parti Amanah Negara pun menang kerana PAS dan bertanding atas tiket PAS. Mereka kemungkinan besar sukar  mempertahankan kemenangan pada PRU ke-14,” katanya merujuk kepada paeti serpihan Pas itu.

Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah mengumumkan PPBM akan bertanding di 52 kerusi, Parti Keadilan Rakyat (PKR)  51 kerusi, DAP 35 kerusi dan Amanah 27 kerusi.

‎”Jumlah kerusi ditandingi dengan kerusi yang menang adalah perkara yang berbeza,” ujarnya lagi. — Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru