Wanita suspek kedua ancaman terhadap petugas anti-Rabies ditahan di Kota Sentosa, selepas hasut bunuh petugas operasi

0
3
Datuk Dev Kumar

KUCHING: Kurang empat jam selepas menahan suspek pertama, yang merupakan pegawai bank, seorang lagi suspek yang menghadirkan ugutan terhadap pegawai Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak yang melaksanakan operasi anjing tidak bertuan ditahan semalam.

Penahanan suspek wanita berusia 28 tahun, yang juga penjawat awam itu disahkan oleh Ketua Siasatan Jenayah Negeri, Datuk Dev Kumar.

“Suspek menyerah di Balai Polis Kota Sentosa sekitar jam 2 petang semalam selepas mendapat tahu polis memburunya.

“Suspek kemudian ditahan oleh sepasukan anggota siasatan jenayah daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Padawan,” jelasnya lagi.

Wanita tersebut dituduh melakukan hasutan agar pengikut halaman facebook membunuh petugas jabatan tersebut yang menjalankan operasi khas yang bertujuan untuk memerangi wabak Rabies.

“Wanita terbabit telah kita tahan dan telefon bimbitnya telah kita rampas,” kata Dev lagi. — Sarawakvoice