Friday, December 2, 2022

TPM: Elak acara yang terlalu fokus kepada sesuatu etnik

Secara Rawak

SHAH ALAM: Sebagai negara yang mempunyai rakyat majmuk, acara yang terlalu fokus kepada sesuatu etnik patut dielakkan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Sebaliknya, katanya, kebersamaan harus terjelma dalam banyak bentuk acara yang baik seperti ini.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas melepaskan peserta Larian Amal Antartika di perkarangan Kumpulan Media Karangkraf di sini, semalam.

“Larian hari ini merupakan manifestasi yang cukup baik kerana bukan satu kelompok sahaja yang sertai malah saya lihat ada juga peserta antarabangsa,”katanya.

Seramai 2,300 peserta menyertai larian amal anjuran All Women Expedition to Antarctica (AWETA) yang bertujuan mengumpul dana untuk menampung lima protégé AWETA bagi misi ekspedisi ke Kutub Selatan.

Ahmad Zahid mengalu-alukan penganjuran Antartika 2018 yang turut mempromosikan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum di negara ini. — Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru