Thursday, September 29, 2022

Pakatan Harapan agih kerusi Parlimen PRU14: Bersatu 52, PKR 51, Dap 35, Amanah 27

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Konvensyen Pakatan Harapan (Harapan) pada Ahad menyaksikan pakatan politik tersebut mengagihkan kerusi Parlimen di kalangan komponen parti di Semenanjung bagi persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Dalam perutusan “Muafakat Pakatan Harapan” itu, daripada 165 kerusi Parlimen di Semenanjung, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) diperuntukkan paling banyak iaitu 52 kerusi.

Manakala, Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendapat peruntukan bertanding di 51 kerusi Parlimen.

DAP pula bakal bertanding di 35 kerusi.

Sementara Parti Amanah Negara (Amanah) yang diakui mengagihkan pembahagian kerusi Parlimen di kalangan parti komponen Harapan, hanya diperuntuk 27 kerusi.

Foto Facebook/Dr Wan Azizah Wan Ismail

Kebanyakan pemimpin Amanah yang baru berusia dua tahun itu mengambil sikap berlapang dada selepas menerima agihan kerusi Parlimen paling sedikit.

Selepas sidang media yang diadakan, Presiden Amanah Mohamad Sabu positif partinya memenangi kesemua 27 kerusi Parlimen yang diperuntukkan kepada Amanah bagi menghadapi PRU14 nanti.

Sementara, Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad yang juga Ahli Parlimen Shah Alam pula berpuas hati kerana partinya berjaya mendapat kerusi Parlimen yang dituntut sebelum ini dan kerusi berpotensi boleh menang.

Bagi Khalid, Amanah walaupun mendapat agihan kerusi paling sedikit, tetapi mendapat kerusi yang terbaik. — Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru